Login
 

 

 

 

Sistem MyVas merupakan Sistem Penilaian Prestasi Pembekal Online yang dibangunkan secara web based.
Sistem ini mula dibangunkan pada November 2009. Cadangan pembangunan Sistem Penilaian Prestasi Pembekal Online ini adalah susulan daripada keperluan ISO Jabatan Bendahari dan cadangan penambahbaikan terhadap proses sedia ada yang dilaksanakan secara edaran borang manual kepada PTJ.
 
Sistem ini bertujuan untuk menilai prestasi pembekal yang telah memberi bekalan/perkhidmatan di USIM. Penilaian ke atas pembekal perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi menentukan samaada perkhidmatan syarikat tersebut perlu diteruskan atau tidak. Penilaian ini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan dimana-mana oleh PTJ yang menilai.
 
Penilaian dibuat berdasarkan kepada Pesanan Rasmi yang bernilai RM1,000.00 dan ke atas. Setiap Penilaian hendaklah dibuat sebelum sesuatu  proses pembayaran dibuat kepada pembekal. MyVas ini perlu dilaksanakan oleh Pemohon/Pengguna dan disahkan oleh Pengesah.